Navigations Hello Fellas
Well hello there. Welcome too Freak Tonight, kbai.
Sweet Sour
Credits
Skin By MimieHuhu
Background MimieSome Basecode : Lettha Best view in Google Chrome only. |
Kenangan itu indah :) *part 2
Wednesday, April 18, 2012 | 9:10 PM | 0 freak
Assalamualaikum~ K ni sambungan. Boring? TAK SURUH PON KAU BACA :) Pada 13-15 April yang lalu, pasukan Kadet Remaja Sekolah telah menghantar 11 orang wakil untuk ke Kem Ujian Kenaikan Pangkat Kopral&Lans Kopral yang bertempat di SMK Lembah Keramat. Aicehhh ayatt. Hikhok. Perempuan 5 orang, aku, larry, wana, zeera, nisah. Lelaki 6 orang, danish, din, fahmie, syam, nuril, izzani. Kem tu ohsem. Tapi masyaAllah penat.13 April 2012/Jumaat - Bertolak lepas sembahyang jumaat. Pergi 3 kereta. Dalam kol 245 gak gerak. Sebab zeera lambat -.- Dah lah cikgu semerbak yg kena jaga bahagian pendaftaran. Tapi kereta cikgu syazwani jelah yg gerak nak dekat kol 3. Sbb tunggu si zeera. Sampai sana daftar semua. Letak barang dalam cls yg kitorang nak tidur. Pastu sembahyang Asar tak silap aku. Habis jemaah, ada taklimat semua~ Pastu sesi fotografi. Owh btw Din jadi penghulu. Means dia lah yang akan bagi arahan kat semua peserta. HAHA tahniah din tahniah! :) Habis sesi fotografi dalam kol 650 cmtu then makan malam pulak. Awal en? HAHA habis makan bersihkan diri. Tukar baju semua. G surau, diorang sembahyang maghrib. Then bahagi-2 kumpulan. Aku satu kumpulan dgn larry and wana. Act larry kumpulan lain. Pastu bantai je masuk dgn kitorang. HAHA pastu perlantikan ketua kumpulan. Sekali akak helpers tu suruh aku jadi ketua kumpulan -.- Aku cakap biar lah form 5 yg jdi ketua. Pastu dia kata takpe sebab yg lain pon kata takpe. So jadi ketua kumpulan lah saya :) Then jemaah isyak. Kemudian start lah ujian pertama. Iaitu ujian kerohanian. Ujian kerohanian ni melibatkan hafalan. Kena hafal 5 surah pendek dlm al-quran, 5 doa harian, wirid-2 selepas solat, doa selepas solat, selawat syifa', sejarah nabi. Malam tu aku buat semua kecuali sejarah nabi ja. Sejarah nabi aku buat keesokan harinya~ :) Habis ujian ni dalam pukul 11. Then supper, lepastu disuruh tidur. Tetibe pulak mata ni buat gedik tak leh tidur. HAHA aku dgn larry tak dapat nak tidur, yg wana pulak gayut dgn balak dia, lgi dua org aku taktau dorang buat apa. Main phone, fb, twitturr sampai battery nazak T_T Kitorang tidur dalam kol 130-145 cmtu ah. 14 April 2012/Sabtu - Hee aku bangun dalam kol 430. Automatic kayyy :D Time tu lampu dah bukak tapi takde orang yang bangun lagi. So aku kejut larry and wana. Pastu budak-2 lain terdengar bising-2 diorang pon bangun :) Mandi, pagi ni mandi puas, sebab aku dapat basuh rambut. Nah itulah kelebihan bangun awal. HAHA Dah siap g surau. Aku tak fikir apa, nak charge phone ja. Pastu dorang solat subuh, then ada tazkirah sampai kol 7 lebih something lah. Pastu berkumpul. Yaaa bermula lah pulak ujian kedua. Ujian kecergasan. Kena buat tekan tubi, bangkit tubi, lentik tubi. Pastu angkat beban, angkat member lah. Aku pair dgn larry. HAHA sejarah larry angkat aku wehh. Pastu lari utk 2.4 km tu. Dah habis lari, makan pagi. Dia baru nak bagi makan pagi toqq. Taknak bagi kita mengah katanya kalau bgi makan awal-2. Pastu dia suruh tukar baju. Pakai baju full krs. Gilaaa bab lah! Tgh hari terik tu haa. Dah tukar baju semua, berkumpul. Duduk dalam kumpulan. Time ni ujian berpangkalan something liddat lah. Dia ada 4 pangkalan, 1 pangkalan ujian bearing&compass, next pangkalan ujian tali temali, next pangkalan kerohanian, last pangkalan ujian kawad. Lepas ujian tali temali break for lunch. Then sambung ujian kerohanian and kawad. Dah habis semua tu, bersihkan diri. Duk kat surau sampailah maghrib. TIme tu lah tercipta byknya gambar aku dgn larry. HAHA tak caya tgk fb. Aku dah masukkan gambar. Mmg byk gambar aku dgn larry ja :D Dorang dah solat maghrib, bagi masa pulak sampai kol 9 camtu utk siapa yg tak dapat habiskan lgi ujian kerohanian. Then diorang jemaah isyak. Pastu start ujian bertulis. Pergh yg ini seksa. Disebabkan monyet mana tah pegi bocorkan soalan, so cikgu terpaksa batalkan soalan tu. Then buat soalan baru. So tidak sempat utk print. JADI CIKGU BACAKAN 1 PER 1 SOALAN TU THEN KITORANG KENA PEKA. 50 SOALAN WEH. Memang lah soalan ABCD ja. Tapi kitorang kena peka betul. Dia bukannya ulang pon. Sekali ja dia cakap -.- Nak dekat kol 11 lebih gak baru habis ujian ni. Naik sengal-2 badan aku~ Then supper pastu disuruh masuk tidur. Acah-2 kata nak terus tidur. Tak tidur awal pon -.- Kol 1 lebih jugak sudah nya tidur. Sbb aku dgn larry kenakan kak myra. Sampai menangis dia toqq. HAHA kejam tak kitorang? ;p Maaf jen! :D 15 April 2012/Ahad - Haaa ni best. Semua orang terlajak tidur. HAHA kol 530 baru bangun. Bagus gilaa kan? Penat betul komeee =)) Okay saya mengaku hari ini saya tidak mandiii :D Air takde kot? Vuduh -.- Cuci muka ja. Then dorang jemaah subuh, tazkirah. Then berkumpul balik. Aku ingat ujian semua dah habis. RUPA-2 NYA YG SEMALAM KITORANG LARI TU JUST PERCUBAAN. AND JUST 1KM JEEE! WHAT THEEE. Soo kitorang berlari balik track sebenar. 2.4km. Huh penat aku, sikit lgi aku nak gagal. Bayangkan track mcm merentas desa punya kena sampai kat sekolah bawah 17 minit. Sedangkan merentas desa kat sekolah pon aku amik masa setengah jam nak sampai. HAHA nasib baik aku sempat sampai. Kalau tak gagal aku. Alhamdulillah :) Then breakfast. Pastu bersihkan diri, pakai full utk majlis penutup. Buat khidmat masyarakat jap. Kemas kawasan yg kitorang dah guna. Pastu buat reahersel sikit, eh cmtu ke eja dia? -.- WTV~ Then dah habis vip dtg semua, vip pon dah blah. Dia nak umumkan pulak siapa yg dapat kopral/lans kopral. Time ni lah jantung aku macam nak terkeluar. And alhamdulillah nama aku di dalam senarai koperal :) Dgn bangga+terharu aku bangun bila nama aku disebut. Eh pehal baku gila ni -.- AHA pastu balik~ Khabis penat lah tulis pepanjang. Hikhok |